Pengendalian karburetor Karburetor

Biasanya, pengendalian karburetor terdiri daripada empat keadaan utama:-

  • Kelajuan melahu - Injap pendikit tertutup sepenuhnya, tetapi mempunyai sedikit bukaan udara bagi membolehkan sedikit udara melaluinya. Petrol mengalir di dalam karburetor melalui jet melahu. Kuantiti campuran udara-bahan api yang sedikit ini menyebabkan enjin hanya berputar pada kelajuan melahu (sekitar 850 rpm bagi kereta dan sekitar 1,400 rpm bagi motosikal).
  • Kelajuan rendah - injap pendikit terbuka sedikit, membolehkan udara berkelajuan rendah melalui venturi dan seterusnya menarik sedikit bahan api melalui jet utama ke venturi. Sementara itu, bahan api turut mengalir melalui jet melahu kerana kelajuan luruan bahan api melalui jet utama masih lagi rendah.
  • Kelajuan tinggi - injap pendikit terbuka besar, ataupun hampir terbuka sepenuhnya semasa menghampiri kelajuan maksimum. Bukaan injap pendikit yang besar membolehkan udara meluru masuk dengan laju dan banyak, merendahkan lagi tekanan udara pada venturi dan seterusnya menarik lebih banyak bahan api melalui jet utama. Kali ini, bahan api tidak lagi melalui jet melahu kerana lebih cenderung melalui jer utama di mana tekanan udara lebih rendah.
  • Semasa tombol pencekik ditarik - injap pendikit menyekat aliran udara masuk udara ke karburetor sehingga udara masuk ke karburetor kurang daripada semasa kelajuan melahu, menyebabkan campuran udara-bahan api yang kaya terhasil bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.

Rujukan

WikiPedia: Karburetor http://v3.espacenet.com/origdoc?DB=EPODOC&IDX=GB18... http://www.fireballroberts.com/Fish_Patents.htm http://fish.jan-wulf.de http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu... http://patft.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?patentnu...